Sunday, January 6, 2008

Apa Perlu Dilakukan Bila Kena Buang Kerja

1. Masa untuk menyimpan
Simpan sedikit wang (mungkin dari pampasan yang diterima untuk menampung perbelanjaan tiga hingga enam bulan sementara menunggu kerja yang baru. Hadkan penggunaan kad kredit dan tunai untuk mengelakkan caj faedah. Tangguhkan pembelian asset, seperti rumah atau kereta. Juga, jangan berbelanja perkara-perkara yang tidak perlu seperti percutian mewah.

2. Anggap ini sebagai peluang
Anggaplah pemberhentian ini sebagai satu peluang dan bukan ancaman kepada kerjaya anda. Ia mungkin satu kelegaan kerana kerjaya anda sekarang bukanlah kerjaya impian.

3. Jangan putuskan hubungan.
Apabila ekonomi pulih dan operasi berjalan seperti dahulunya, anda mungkin dipanggil bekerja semula. Testimoni dari majikan lama mungkin berguna apabila testimony itu menjelaskan sebab-sebab pemberhentian.

4. Sambung belajar
Ini adalah masanya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda. Anda mungkin ingin menyertai program MBA. Apabila ekonomi pulih dan pasaran melantun semula, anda mungkin berjaya mendapatkan kerja dengan gaji yang lebih baik.

5. Hantar seberapa banyak resume
Terdapat banyak agensi pekerjaan termasuk yang terdapat di internet. Jadikan mencari kerja adalah kerja anda. Jangan malu menghebahkan yang anda sedang mencari kerja.

6. Jangan tertipu
Dalam keadaan meruncing dan terdesak seperti sekarang, terdapat ramai orang yang cuba menipu sebagai jalan penyelesaian. Mereka mungkin menggunakan alasan kegawatan ekonomi untuk memujuk anda melabur dengan mereka dengan janji pelaburan akan menjana pendapatan lumayan.

7. Cari sumber pendapatan sampingan
Anda pandai memasak dan mahir didapur. Anda mahir dalam memberi tusyen dalam perkara yang anda mahir? Sentiasalah mencari peluang yang banyak terdapat di luar sana.

Sumber : Internet dan akhbar The Star

Di sini saya ingin menyampaikan kepada anda akan satu peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Malah, ia boleh dijadikan sumber pendapatan utama anda dan mungkin lebih lumayan dari pendapan gaji anda sebelum ini.
Caranya ia lah melalui i-Charge seperti yang saya butirkan di tajuk “The Pleasure Of Driving And Enjoyment Of Life” dan “The Product” dibawah.

Salam
Haji Md Hatta
019-3089268
hattabasir@gmail.com

No comments:

Post a Comment