Sunday, February 22, 2009

Jangan Duduk Atas Bonet Kereta, Bahaya!





Jangan duduk atas bonet depan kereta anda terutama kereta-kereta yang sudah agak berumur. Ini kerana, bonet depan agak ‘lembut’ dan berkemungkinan kita akan duduk betu-betul atas bahagian bateri. Bila bonet terkena bateri, terjadi contact antara terminal positif dan negatif (litar lengkap) yang memungkinkan risiko kebakaran.

Situasi ini juga mungkin berlaku dalam kemalangan jalanraya, dimana setelah berlaku perlanggaran, bonet akan kemek dan terkena bateri.
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko di atas adalah dengan melapik kepingan getah/rubber mat atas bateri atau memastikan pelapik penutup pada bahagian positif dan negatif bateri berada dalam keadaan sempurna.

Selepas sesebuah kereta terbakar, adalah sukar untuk mengenalpasti puncanya. Pada kebanyakan kes, wear and tear adalah puncanya jika pendawaian (electricals) tidak diperiksa dan bila perlu, diganti.

Ini bukanlah kesilapan (flaw) kejuruteraan, tetapi kesilapan kualiti servis dan kemahirankerja bila beban letrik adalah berlebihan termasuklah wayar.

Masalah terbesar adalah adalah aksesori tambahan seperti lampu kabus, lampu LED yang berlebihan dsb.

Sumber komen : http://www.team-bhp.com/forum/technical-stuff/48520-car-burst-into-flames-electric-malfunction.html

Salam.
Md Hatta
019-3089268
hattabasir@gmail.com

No comments:

Post a Comment